MoViE

KyUbI

Saturday, April 21, 2007

PD II

Perang Dunia II memakan masa hampir selama enam tahun dan dianggarkan mengorbankan sejumlah 61 juta orang (tentera dan orang awam). Russia mengalami jumlah kehilangan jiwa yang terbesar berbanding negara-negara lain dengan anggaran hampir 25 juta kematian, diikuti oleh China dengan 11 juta, dan Jerman seramai 7 juta.

Perang Dunia II adalah peperangan yang paling meluas dan mengakibatkan paling banyak kerosakan dalam sejarah dunia moden. Perang Dunia II membabitkan kebanyakan negara dunia, dengan pertempuran di beberapa medan utama berlaku secara serentak, dan mengorbankan sekitar 50 juta nyawa. Peperangan Dunia II ini kebanyakan membabitkan pihak Berikat (Alliance) - Negara-negara Komanwel (British Commonwealth) , Perancis, Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, dan China; dengan Kuasa Paksi (Axis Powers) - perikatan antara Jerman, Itali, dan Jepun. Kebanyakan pertempuran berlaku di Medan Eropah Perang Dunia II medan Atlantik dan di sekitar Eropah, dan dalam Peperangan Pasifik medan Pasifik di Pasifik dan Asia Timur.

Peperangan Dunia II ini adalah penting disebabkan buat kali pertamanya kuasa udara memainkan peranan utama. Malah, operasi pertempuran pertama dalam Perang Dunia II merupakan serangan bom Jerman terhadap Poland, sementara operasi pertempuran terakhir adalah serangan bom atom Amerika terhadap Nagasaki. Peperangan ini juga melihat Amerika Syarikat keluar daripada dasar polisi pengasingan diri, kemusnahan dan kebangkitan semula Jerman dan Jepun sebagai kuasa industri utama, dan kemunculan Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet sebagai kuasa besar dunia. Peperangan ini juga secara langsung membawa kepada penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang ditubuhkan oleh pihak Berikat yang menang agar pertelingkahan yang sebegitu besar dan menjahanamkan tidak akan berlaku lagi buat selama-lamanya.

No comments: