MoViE

KyUbI

Thursday, April 5, 2007

uMaT iSlAm DaN bUlAn RaMaDhAn

Kenapa kita berpuasa dibulan Ramadhan?
Kenapa Tuhan memerintahkan kita umat islam supaya berpuasa dibulan Ramadhan?
Adakah kerana mahu menyusahkan kita?
Adakah kerana hendak menyeksa kita?
Maha suci Tuhan dari bersifat zalim...!
Sesungguhnya..Tuhan maha bijak lagi maha mengetahui.

Tuhan tidak akan men yuruh sesuatu kepada kita melainkan untuk kebaikkan kita juga!
Sebab itu....
Puasa itu adalah baik untuk manusia!
Baik untuk kesehatan tubuh badan manuisa dan juga kesehatan kejiwaan dan kerohanian manusia.

Dengan melakukan ibadat puasa...manusia itu akan dapat mendidik diri mereka sendiri dengan berbagai2 sifat2 yang baik-baik. Itu pun jikalau manusia itu sengaja mahu berusaha mendidik dirinya sendiri!....dan ....baharulah puasa dapat memainkan peranannya!
Dengan berpuasa...kita dapat belajar bersifat sabar, sifat tahan kesusahan, sifat bertimbang rasa sesama manusia, sifat cekal hati dan bermacam2 lagi sifat yang baik2.

Banyak sekali faedah berpuasa!
Hanya Tuhan sahaja yang lebih mengetahui faedah keseluruhannya.

No comments: